Program SAFE Klik Dengan Bijak dan Bengkel Asas CANVA

8 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

NADI RPA Arau dijemput bagi sama-sama menjayakan sebuah program yang dianjurkan oleh Perpustakaan Cawangan Arau iaitu Program Pelancaran KAIL ILMU.Turut terlibat Bersama NADI RPA Arau, NADI Tambun Tulang, NADI Batas Lintang dan NADI Padang Besar Selatan. Staff NADI memberi Taklimat Klik Dengan Bijak kepada peserta dari Sekolah Menengah dan juga mengadakan Bengkel Asas Aplikasi CANVA kepada mereka. Selain itu pelajar terlibat dalam penghasilan poster keselamatan internet dan juga kuiz KAHOOT dengan tajuk berkaitan keselamatan internet.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADIi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali